Friday 22 January 2016

Bunga Tangan


Dear blog ,
ahaha ..tadi belek-belek galery phone, ter jumpa something yang Jieha boleh share dengan bakal-bakal tunang....

Pernah kan you all terlintas nak buat bunga tangan sendiri .. handmade punya.. Biasanya mereka yang bertunang cara simple sama ada buat pelamin sendiri atau tak nak pelamin . Bila bab bunga tangan ni you all jangan risau . Hanya semudah a b c ahaha ..

Bahan yang diperlukan :-

1) 5 kuntum bunga besar

( If you all nak guna bunga kecil pun boleh, tapi banyak bunga yang diperlukan, takut pula batangnya jadi tebal, tak cantik )

2) Tape kertas ( warna apa pun boleh, asalkan masuk dengan warna bunga. Biasanya dekat kedai banyak warna putih dan hijau )

3) gunting

4) sticker / riben
( hiasan )


Macam mana nak buat ?? Alah , senang sangat3 .. 15 minit boleh siap haha.

1) gunting daun hijau di sekeliling bunga kuntum . Jangan buang semua , tinggalkan sedikit .

2) temukan kesemua bungan, dan pandai2la you all adjust kedudukan agar nampak perfect . tape sedikit bhgian batang agar kedudukan tidak ter enjak.

3) gunting bahagian batang yang paling bawah agar anda boleh dapatkan panjang batang yg sekata dan tidak terlalu panjang.

4) tape bahagian keseluruhan batang bermula dari atas ..sampai bwh..

5) bila dah kemas . Ikut kreativiti msg2 mcm mane nak menghiass . .

Hasil yang Jieha buat
Actually , bunga tu kawan classmate Jieha yang bagi untuk gubahan hantaran, memandangkan gubahan hantaran dah ada orang siapkan separuh then guna tema lain.. memang tak pakai la bunga putih krim ni.
Tiba-tiba dapat idea nak pakai bunga tangan, Jieha dengan mak saudara buat lah hahaha. Sticker dah ada, bunga dah ada, cuma beli tape jaaa. .  . .ingat nak cari tape warna hijau tapi takde.
Then, bila siap, Oke jugak wrna ni pun hahaha ..

By @najiihahzulkepli

Tuesday 19 January 2016

Simpan Kenangan Part 2


assalamualaikummm salam sejahtera.
Baru semalam je update first post untuk blog ni maaa


Entry part 2 Jieha nak jelaskann kenapa dengan blog :-

1) dah tak perlu tulis diary

2) boleh save sampai bila-bila takkan terhilang dengan sengaja atau tidak. (Lain kes kalau you sendiri yang delete)

3) kadang-kadang ada something yang kita boleh share bersama
 (lain orang lain pengalaman, of course kita boleh manfaatkannya)

4) apa apa story boleh share dengan keturunan sendiri . Percaya atau tidak , kita tengok 50 tahun akan datang . Zaman diorang lagi canggih agaknya

5) tak perlu update hari hari, cukup yang bermanfaat sahaja . Macam itula juga Jiha tulis dalam diary dulu dulu ..haha .

Dan yang ke-6 ni lagi penting buat Jiha sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan . Ada dua jalan sahaja sama ada jadi seorang guru atau pun bisness women ..

6) apa apa perkara yang nak share dengan student. secara formal atau tidak , pun boleh belajar dekat sini.. Yang best tu , tiap batch bace benda yang sama.

(Tak menyusahkan aku nak buat balik, tak menyusahkan aku kalau pendrive hilang hahaha)

Bukan ini semua kenangan..

Sunday 17 January 2016

Simpan Kenangan Part 1


Assalamualaikum.. Jika di izinkan Allah, saya teringin hendak berkenalan dengan blogger-bloger yang dah lama berkongsi pengalaman hidup dengan masyarakat sedunia.




Nama diberi Nik NuR Najiihah anak kandung kepada Zulkepli b. Rashid . Thats why i letak Najiihah Zulkepli. Of course Jieha bangga dengan nama ni . Sebab ada double ' I ' . Elehh double i je punnn hahaha .

Kalau nak tahu gambar dekat atas tu , kawan jieha dekat sabah yang whatsapp tanya 'kenapa mangkuk awak ada dekat sini'
Bila chek balik, dia ambik gmbar tudung mangkuk ni dalam sampah.
hina .hina. hina. Abaikan.

Oke berbalik kepada tajuk utama . Simpan Kenangan.. kenapa ? ? Oke sikit je lg Jieha cite

This is my first post for this blog.. blog  jieha sendiri. sebelum ni jieha menulis blog tentang bisness sendiri (its about fashion).
Tahun ni Jieha masuk 21 tahun masih menuntut di Upm . Kos Bachelor of Education Homescience/Sains Rumahtangga. Siapa pernah pergi UPM mesti sesat. Bnyak sngat jalan..hak2.

Dulu Jieha pernah tulis diary masa sekolah menengah 15 tahun. Buku simpan lek lok . Tapi since ma Jieha tak bg menulis diary Jiha terpaksa stop . Padahal diary itulah salah satu list penaik semangat ku nak capai ku punya goal . Apakan daya, ibuku lg berharga hehe..

Sekarang masuk 21 tahun rindu balik nak buat diary . Disebab ma Jieha tak suka kan buku diary tibe2 terfikir nak buat blog sendiri untuk tatapan diri sendiri ..hahaha tak de orang bce pun tak ape hahaha.
Maklumlah umur mcm2 ni memang bnyak kenangan peristiwa pahit manis huk2.. bukan senang nak jadi orang kan?

Biar bakal husband dan anak2 boleh baca suatu hari nanti kenangan muda mak2nyaa.. yang bermanfaat aje ye..siapa tahu kann.. betul?